TERKINI : Tunai Janji Pakatan Harapan Beri 3,407 Kewarganegaraan Kepada Kaum India - Tun M
  • 5 years ago
Seramai 3,407 pemegang kad pengenalan penduduk tetap (PR) kaum India dan berumur 60 tahun ke atas layak diberikan kewarganegaraan Malaysia, malah mereka akan diberikan kad pengenalan berwarna biru.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu adalah langkah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah kerakyatan kaum India seperti mana terkandung dalam manifesto.

“Kita telah menemui wakil rakyat India daripada PH yang diwakili oleh 14 Ahli Parlimen, 21 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua senator berbincang berkenaan janji pilihan raya lalu.

“Janji ini terdapat dalam manifesto bagi menyelesaikan masalah kerakyatan kaum India yang memegang kad pengenalan warna merah berjumlah 3,407 orang.

“Mereka yang umurnya lebih daripada 60 tahun akan diberi terus kad biru, iaitu merujuk kepada kewarganegaraan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas mengenai Senario dan Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia di Parlimen, hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended