TERKINI : "Kerajaan Munafik dan Perlu Minta Maaf Kepada Rakyat" - Asyraf Wajdi Dusuki
  • 5 years ago
Ketua Pemuda UMNO menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai munafik susulan kegagalannya menunaikan 10 janji manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh 100 hari memerintah negara.

Beliau berkata, meskipun manifesto bukan kitab suci al-Quran namun pemimpin PH telah melakukan dosa kepada rakyat dan tuhan apabila janji yang ditabur pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) gagal ditunaikan selepas membentuk kerajaan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended