Exco Selangor tampil tujuh muka baharu

  • 5 years ago
KLANG - Barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menyaksikan tujuh muka baharu.


Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor kali ini dianggotai oleh empat wakil parti komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP, PPBM dan PAN. 

Berdasarkan keputusan Pilihan Raya ke-14 pada 9 Mei lalu, pembahagian kerusi EXCO Selangor menyaksikan empat jawatan itu diperuntukkan kepada PKR, DAP-3, PAN-2 dan PPBM-1. 

Antara tiga EXCO Selangor penggal ke-13 yang dikekalkan pada penggal ke-14 ialah Datuk Teng Chang Khim, Amiruddin Shari dan Ganabatirau Veraman. 

Manakala muka baharu yang mengisi barisan EXCO Selangor kali ini ialah Haniza Mohamed Talha, Ng Sze Han, Dr Shaharuddin Badaruddin, Hee Loy Sian, Dr Siti Mariah Mahmud, Ir Izham Hashim dan Datuk Abdul Rashid Asari. 

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended