Sumbangan pusat tahfiz belum sampai pada waris
  • 5 years ago
Ibu kepada salah seorang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Farah Wahidah Wahid memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang bantuan daripada pihak pengurusan institusi itu.

Farah, 34, ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini memberitahu bahawa pihak pengurusan pusat tahfiz tersebut menjanjikan akan membuat agihan kepada waris-waris mangsa kebakaran setelah menyelesaikan beberapa perkara.

Walau bagaimanapun, pihaknya tidak dimaklumkan berkenaan tarikh atau tempoh masa yang tepat berkenaan pengagihan tersebut sejak tragedi yang melanda institusi itu pertengahan September lepas.