Pertemuan Sejam Sultan Brunei dan Tun Mahathir
  • 5 years ago
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin meninggalkan perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK) tepat jam 12.58 tengahari setelah bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baginda meninggalkan YPK setelah mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir selama sejam yang bermula jam 11.57 pagi tadi.

Beliau memasuki YKP dengan memandu sendiri kereta Mercedes Benz hitam dengan nombor pendaftaran X111 NAM 6, diiringi rombongan sekurang-kurangnya 15 buah kenderaan.

Putera baginda, Pengiran Abdul Mateen, duduk di sebelah Sultan Hassanal.

Baginda adalah pemimpin dunia pertama yang bertemu Tun Dr Mahathir selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri bagi kali kedua pada Khamis lepas. – MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended