Kerana cemburu, usahawan Kuih Bangkit hampir terkena sihir
  • 5 years ago
PONTIAN - Pengusaha Kuih Bangkit, Poniah Jais, 62, mendakwa pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa dilalui beliau sepanjang menceburkan diri dalam bidang perniagaan termasuklah sihir.

Beliau yang terpaksa melalui liku-liku yang mencabar untuk membesarkan anak seramai enam orang, terus cekal berhadapan cabaran yang mendatang.

Ia termasuklah pelbagai bentuk sihir yang ‘dikirim’ ke premis perniagaannya.

Semuanya akibat cemburu akan perusahaan Kuih Bangkit miliknya yang semakin berkembang sehingga ke negara jiran termasuk Singapura dan Thailand.- MalaysiaGazete