'Lebihkan kuota universiti, matrikulasi untuk pelajar India cemerlang SPM'
  • 5 years ago
Kumpulan Ibu Bapa dan Pelajar India yang tertindas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggesa kerajaan menambah tempat pengajian Pra U asasi di UPM, UKM, UPNM dan UUM serta pembukaan Asasi UM dan UMS kepada pelajar bukan Bumiputera.

Pengerusinya, A Thiruvenggadam berkata penambahan dan pembukaan kuota Asasi universiti awam kepada pelajar India adalah amat diperlukan bagi meningkatkan peratusan pengambilan pelajar India untuk program sarjana muda di universiti awam.

Terdahulu kumpulan tersebut menghantar memorandum pengambilan pelajar India cemerlang lepasan SPM tahun 2018 untuk perhatian Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan Maszlee Malik di Putrajaya hari ini.