Isteri Kenamaan lancar kapal tradisi biasa - TLDM

  • 5 years ago
Upaca pelancaran dan penamaan kapal oleh wanita - biasanya orang kenamaan - adalah perkara biasa, kata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

TLDM merujuk pelancaran kapal misi pesisir (littoral mission ship, LMS) yang pertama bagi angkatan itu di Wuhan, China semalam.

Dinamakan KD Keris, ia dilancarkan isteri menteri pertahanan, Normah Alwi.

"Upacara pelancaran dan penamaan kapal TLDM oleh wanita yang dilaksanakan selama ini adalah upacara tradisi sejak Royal Navy ditubuhkan, namun telah disesuaikan dengan syariat Islam dan adat ketimuran Malaysia.

"Lady sponsor atau wanita yang terpilih terdiri di kalangan isteri kenamaan seperti isteri perdana menteri, menteri pertahanan dan kerabat diraja atau sultan," kata TLDM dalam kenyataan hari ini.

Video isteri Mat Sabu, Menteri Pertahanan tular semalam apabila netizen mempersoalkan kenapa isteri Menteri itu merasmikan kapal terbabit, dan ada yang membandingkan insiden ini "lebih sudu dari kuah" dengan isteri Bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansur

TLDM berkata, bagi kapal dinamakan sempena negeri, isteri atau wanita yang berkaitan dengan negeri akan dipilih dan bagi kapal sempena nama pahlawan, wanita kepada waris nama tersebut atau wanita kenamaan dari negeri pahlawan yang dipilih.

Recommended