Arul, Najib tiba ke mahkamah
  • 5 years ago
Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadual bermula jam 9 pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib tiba pada 8.48 pagi di pekarangan Kompleks Mahkamah Lumpur dengan menaiki kereta Proton Perdana hitam bernombor plat TN50.

Najib yang memakai sut kelabu bersalaman dengan beberapa petugas media sebelum melangkah menuju ke tingkat atas bangunan itu.

Anggota parlimen Pekan itu berdepan tiga tuduhan pecah amanah dan satu salah guna kuasa membabitkan dana RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Ahli politik berusia 65 tahun itu - yang pernah menjadi menteri kewangan sebelum ini - turut dihadapkan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dana yang sama.