Haier mulakan siri jelajah

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 11 April - Haier Electrical Appliances (Malaysia) Sdn. Bhd. menyasarkan pertumbuhan tiga kali ganda bagi produk-produk keluarannya untuk tahun ini.

Pengarah Urusan Haier Malaysia, Shi ZhiYuan berkata, tahun lalu Haier merekodkan jumlah jualan dua angka dan pihaknya yakin menerusi siri Jelajah Kembara Serantau Haier yang dilancarkan hari ini dapat membantu meningkatkan jualan selain memberi pengalaman baharu kepada para pelanggan.

Beliau berkata, produk Haier kini ditambah baik selari dengan perubahan dalam industri perkakasan rumah yang memasuki era baharu ‘rumah pintar’ dengan mengintegrasikan produk elektrik di dalam rumah ke telefon pintar pengguna.