Ujian MUET akan diteruskan sebagai prasyarat ke IPT

  • 5 years ago
Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) akan diteruskan sebagai prasyarat kepada pelajar yang memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan bagi mengikuti pengajian ijazah pertama, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Beliau berkata ia sejajar dengan tujuan MUET yang diperkenalkan pada 1999 iaitu bagi mengisi jurang pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada peringkat prauniversiti serta memperkukuh dan mempertingkat kebolehan bahasa Inggeris pelajar.