Anwar pamer bakat menari ikut rentak lagu Tamil

  • 5 years ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja pandai berpidato menyakinkan rakyat malah beliau memiliki bakat terpendam apabila memperagakan rentak tarian ala pelakon lagenda filem Tamil, MGR, pada majlis Malam Kebudayaan India di Taman Angsamas Negeri Sembilan malam semalam.

Presiden PKR itu menyajikan tarian itu beberapa minit dengan iringan penghibur tempatan yang mendengangkan lagu daripada lagu Tamil.

Hampir 500 penduduk setempat yang hadir pada program kempen PRK itu teruja dengan aksi ahli Parlimen Port Dickson itu serta memberi tepukan gemuruh.