Ratusan penduduk sambut kedatangan, Najib hairan jadi popular
  • 5 years ago
Ratusan penduduk menyambut kedatangan Najib di sebuah kedai makan sempena program sesi santai bersama bossku di Bandar Sri Sendayan malam semalam.

Najib dalam ucapan pembukaan melahirkan rasa terkejut melihat begitu ramai penyokongnya ketika ini berbanding ketika zaman menjadi Perdana Menteri.

Kedatangan Najib juga adalah salah satu siri kempen untuk calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Rantau, iaitu Datuk Seri Mohamad Hassan.