'Hidup Najib!' sambut kedatangan Najib di mahkamah
  • 5 years ago
Pendengaran jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 2 petang ini.

Najib berdepan perbicaraan untuk tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dana RM42 juta SRC.

SRC ialah bekas anak syarikat syarikat pelaburan negara sarat hutang 1MDB.

Ahli politik 65 tahun itu sebelum itu turut menjadi menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC.

Ditemanani anaknya Ashman dan beberapa pembantu, Najib melangkah masuk ke dalam mahkamah.

Beliau berpakaian rasmi dengan dasi dan tali leher gelap dan kelihatan tenang.