Hutan Belum-Temenggor, Orang Utan khazanah dunia

  • 5 tahun lalu
PETALING JAYA 2 April - Kerjasama erat di antara sektor swasta dan sektor pendidikan mampu menaikkan reputasi Hutan Belum-Temenggor dan Orang Utan sebagai satu khazanah dunia.

Menurut Pengerusi Pemegang Lembaga Amanah Yayasan EMKAY, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, kolaborasi di antara Yayasan EMKAY (YE), Pulau Banding Foundation (PBF) dan Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi pendidikan mampu menaikkan imej dan reputasi Hutan Belum-Temenggor supaya setanding dengan Hutan Amazon di Amerika Selatan, dan Serengeti di Tanzania.