'Dr M diktator bertukar kepada demokrat'

  • 5 years ago
Pensyarah Kanan Sains Politik UKM Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor tidak menafikan bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada era pemerintahannya ketika menjadi perdana menteri ke empat dilihat sebagai 'diktator'.

Jelasnya, tampuk pemerintahan Dr Mahathir kini berbeza dan sistem yang dibawa dilihat bersifat demokrasi.

Muhamad Nadzri mengulas mengenai isu label diktator yang diungkap oleh Nurul Izzah.

Dalam wawancara bersama akhbar Singapura, The Straits Times, Nurul Izzah meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi sepertimana sepatutnya.

Dalam kenyataan itu, Nurul Izzah meluahkan isi hati beliau yang sukar bekerja dengan bekas diktator yang dakwanya telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam kehidupan keluarganya, malah pemerintahan negara.

Nurul Izzah sebelum ini membuat kejutan apabila meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) setelah tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu mengekalkan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi PAC.