K'jaan akan tubuh sekretariat permuafakatan di semua PPR

  • 5 years ago
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin memberitahu bahawa kerajaan akan menubuhkan sekretariat permuafakatan di semua pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menurutnya, cadangan itu akan dilaksanakan Dasar Komuniti Negara bagi memastikan golongan B40 lebih terdedah dengan polisi kerajaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Zuraida berkata dasar komuniti negara adalah satu dasar khususnya kepada masyarakat B40 untuk diberdayakan.

Zuraida berkata demikian sebagai menjawab soalan Dr Edmund Santhara (PH-Segamat) yang bertanya berhubung manfaat dasar tersebut kepada golongan B40.