Celik kewangan dengan papan interaktif Praxis

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR xx Mac - Celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia mungkin dilihat sebagai perkara remeh dan ada yang menganggap ia tidak penting kerana mereka bijak mengurus kewangan sendiri.

Tetapi, tahukah anda bahawa sebanyak 59 peratus rak­yat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bertahan selama tiga bulan tanpa pendapatan?

Berdasarkan Kaji Selidik Literasi Kewangan Malaysia yang dijalankan RinggitPlus, lebih separuh daripada 2,996 res­ponden didapati tidak mampu menyimpan lebih RM500 sebulan.