Umno sedia sokong Dr M

  • 5 years ago
Selepas PAS, kini giliran Umno pula menjanjikan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad jika perdana menteri itu berdepan dengan cubaan untuk menyingkirkannya.Memberi alasan langkah itu diambil demi kepentingan rakyat, pemangku presiden Umno Mohamad Hasan berkata tidak ada sebab mengapa parti terbabit tidak boleh menghulurkan sokongan kepada Mahathir.Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menambah walaupun kedudukan Umno sekarang ialah pembangkang, tidak bermakna parti itu akan sentiasa menolak segala tindakan kerajaan.Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penubuhan jawatankuasa khas antara PAS dan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.Isu sokongan kepada Mahathir timbul selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dua pemimpin kanan parti itu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri pada 15 Feb lalu.Menurut PAS mereka akan mempertahankan Mahathir daripada cubaan mengetepikannya melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.Walaupun tidak merujuk sebarang nama secara khusus, PAS mendakwa gerakaan itu didalangi pemimpin tertentu dalam PKR dan DAP.PKR, DAP dan Amanah kemudian menegaskan tiada sebarang cubaan atau cadangan untuk mereka melakukan gerakan menyingkirkan Mahathir.Mahathir juga menjelaskan, sokongan PAS sepatutnya diberikan ke atas kerajaan PH, dan bukannya bersifat peribadi untuk beliau semata-mata.

Recommended