NGO Pro-MCA ajak pengguna boikot KFC

  • 5 years ago
Pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) pro-MCA yang dinamakan "Gerakan Anti-inflasi Malaysia" mengadakan sidang akhbar di KFC untuk menunjukkan ketidakpuasan mereka terhadap peningkatan kos hidup harga makanan segera termasuk KFC.Ketua Kordinator NGO terbabit, Kelvin Lee ketika membaca satu kenyataan menggesa pengguna memboikot syarikat makanan segera tersebut kerana menaikkan harga secara "senyap" tanpa pemberitahuan dan penjelasan yang tepat kepada pengguna.Satu memorandum membantah kenaikan harga KFC tersebut gagal diserahkan kepada pengurus restoran makanan segera tersebut kerana pengurus tersebut enggan menerimanya.QSR Brands (M) Holdings Bhd, syarikat yang memiliki rantaian makanan segera KFC, menyatakan bahawa kenaikan sedikit bermula dari Disember 2018 adalah kerana harga yang disenaraikan termasuk SST enam peratus. Walau bagaimanapun, QSR kemudiannya menafikan penyesuaian harga mempunyai kaitan dengan SST.