Umat Islam wajib bangkit tumbangkan kerajaan PH

  • 5 tahun lalu
MARANG 1 Mac - Umat Islam wajib bangkit menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya pentadbiran sedia ada gagal bertindak segera terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Penegasan itu dinyatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap dalam Himpunan Aman Bantah Penghinaan kepada Rasulullah di pekarangan Masjid Rhu Muda di sini hari ini.