'Jangan bagi percuma waktu orang tidur...ini tipu rakyat ni'
  • 5 years ago
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengulang kritikannya bahawa rakyat Malaysia umumnya tidak akan dapat menikmati tol percuma itu.

Katanya pengumuman penghapusan tol dan langkah mengenakan caj kesesakan itu merupakan satu lagi penipuan pentadbiran PH, maka pengundi perlu memilih calon BN pada PRK 2 Mac ini.

Najib berkata demikian ketika berceramah pada majlis di Kampung Sungai Lalang malam tadi.

Kerajaan pada 24 Februari lalu mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mana syarikat itu memiliki pegangan majoriti.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, dengan kejayaan pengambilalihan tersebut, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada.

Sebagai ganti, caj kesesakan (congestion charge) akan diperkenalkan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari.