Jangan ambil gambar, maklum polis dulu

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 20 Feb.- Segala bentuk maklumat yang dilaporkan melalui aplikasi Sistem Volunteer Smartphone Patrol (VSP) akan diteliti pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, beliau sendiri turut meneliti maklumat yang disalurkan oleh masyarakat melalui aplikasi tersebut.