'Kalau dapat jodoh orang sekampung, aku berarak dengan traktor'

  • 5 tahun lalu
PASIR PUTEH 5 Feb. - Nazar mahu berarak dengan traktor ke rumah pengantin perempuan jika bertemu jodoh dengan wanita sekampung akhirnya berjaya ditunaikan seorang petani, di Kampung Gong Kulim, di sini sebelum bersanding, hari ini.

Lelaki terbabit, Mohd. Jaimanajid Zakaria, 37, berarak ke rumah Nik Zariza Izayu Mohd. Zulkifli, 22, sejauh satu kilometer bersama 14 traktor sebelum bersanding bersama pasangannya di atas jentera berat tersebut yang dihiasi indah seperti pelamin, kira-kira pukul 3.45 petang tadi.