Bekas tentera diarah bela diri kes orang tengah aktiviti pelacuran
  • 5 tahun lalu
RASAH 31 Jan. - Seorang bekas anggota tentera diarahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas dua pertuduhan menjadi orang tengah kepada aktiviti pelacuran, tahun lalu.

Hakim Madihah Harullah memerintahkan tertuduh, Muhamad Nizam Aripen, 37, membela diri pada 1 dan 2 April depan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada keputusan akhir kes tersebut.