Empat sahabat ditahan dipercayai jual ketum

  • 5 tahun lalu
RAUB 30 Jan. - Empat sahabat termasuk dua wanita ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti memproses dan menjual air ketum di Kampung Baru Bukit Koman di sini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, ketiga-ketiga suspek yang berusia 19 tahun hingga 22 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru Bukit Koman di sini kira-kira pukul 1.15 petang semalam.