Gelaran, kedudukan tidak ubah keperibadian Al-Sultan Abdullah

  • 5 tahun lalu
TEMERLOH 25 Jan. - Pertama kali bertemu rakyat selepas diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16, gerak-geri dan pendekatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah semasa berhadapan dengan mereka hari ini masih sama.

Walaupun bergelar ketua negara berkuat kuasa 31 Januari ini, sifat ramah mesra yang berteraskan prinsip 'raja dan rakyat berpisah tiada' terus subur dalam diri baginda.