Lantai runtuh, seorang buruh binaan maut

  • 5 tahun lalu
SUBANG JAYA 22 Jan. - Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas lantai bangunan yang sedang dibina secara tiba-tiba runtuh Taman  Hi-Tech Subang, hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.44 petang itu, mangsa yang berusia 43 tahun baru sahaja selesai kerja di lokasi berkenaan.