17 laporan polis diterima sepanjang 10 hari berkempen
  • 5 years ago
Sebanyak 17 laporan polis diterima sepanjang tempoh 10 hari berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Ashari Abu Samah.

Katanya laporan yang diterima semuanya berkaitan isu pemberian wang, khemah yang dirosakkan, kertas undi yang ditularkan di media sosial dan kekecohan yang berlaku di Sungai Koyan, Kuala Lipis semalam.

“Setakat ini, hanya satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 5(6)(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, iaitu berkenaan kertas undi yang ditularkan di media sosial,” katanya dalam sidang media di Pusat Media PRK Parlimen Cameron Highlands di sini hari ini.