Janda Anak Enam: Ini baru Amelina!

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Cubaan ketiga Amelina, Ratu Dangdut Malaysia untuk terus mencuri tempat di hati peminat tegar (lama) dan peminat baharu disandarkan kepada lagu ciptaan adik bekas Raja Dangdut, Iwan yang menggunakan nama samaran 'Kucing'.

Tahun 2019 ini, Amelina atau mesra dengan panggilan Alin, bernaung di bawah label MindOrder Entertainment selepas pengurusan terdahulu, Wake The Baby, milik komposer Ajai, tidak lagi mengendalikan karier seni Alin.

Mencuba untuk berbunyi urban selepas kembali ke persada seni tahun 2015, Amelina terpaksa mengakui dan faham bahawa peminat mahukan sesuatu yang melambangkan Amelina yang dahulu iaitu lagu, melodi dan kalau boleh, badan Amelina yang dahulu.

Ikuti sedutan #jomchat2019 dengan Amelina yang bersiaran secara live di Facebook Utusan Online pada Rabu lepas. - UTUSAN ONLINE