MPSJ buka taman rekreasi hutan bandar di USJ 3C

  • 5 tahun lalu
SUBANG JAYA 11 Jan. - Sebuah taman rekreasi berkonsepkan hutan bandar yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dibuka kepada orang ramai di USJ 3C, Persiaran Setia, di sini hari ini.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, taman rekreasi hasil cetusan idea orang awam itu menempatkan pelbagai spesis pokok dan tanaman herba selain pelbagai kemudahan untuk kegunaan penduduk setempat.