Pulau Pinang jamin tarif air kekal terendah

  • 5 years ago
Kadar tarif air di Pulau Pinang akan naik kira-kira 20 peratus tahun ini selaras dengan usaha kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah mengadakan beberapa rundingan dengan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk membuat semakan semula tarif air.

Beliau menerangkan bahawa kenaikan kadar tarif itu akan melibatkan beberapa kategori pengguna individu dan pengguna perniagaan.

Katanya, kerajaan sedang dalam perbincangan untuk memansuhkan surcaj pemulihan air yang diperkenalkan untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri ini.

Bagaimanapun, Chow yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota berkata kadar tarif di Pulau Pinang akan kekal paling murah di negara ini walaupun setelah kenaikan dengan kadar baharu.