Taman Serendah Sekebun Bunga tempat permainan Puteri Saadong perlu perhatian

  • 5 tahun lalu
KOTA BHARU 6 Jan. - Taman Serendah Sekebun Bunga di Jalan Dewan Beta di sini yang dipercayai tapak tinggalan sejarah yang berkait rapat dengan Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong perlukan perhatian pihak berwajib.

Naib Ketua PKR Cabang Ketereh, Mohd Sukirman Mustafa berkata, kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) diminta menaik taraf kawasan tersebut yang terletak kira-kira 21 kilometer dari pusat bandar kerana ia berpotensi menjadi tapak pelancongan.