300 berarak tuntut keadilan untuk Adib, desak Dr M pecat Waytha
  • 5 years ago
Laungan 'Hidup Islam, 'Keadilan untuk Adib' , 'takbir' kedengaran untuk memulakan Himpunan Suara Ummah ‘Justice4Adib’ yang kedengaran di hadapan Masjid Putra.

Himpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu diadakan bagi menuntut keadilan bagi kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, pada 17 Dis.

Himpunan itu menggesa agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy kerana didakwa meningkatkan ketegangan kaum sehingga menyebabkan Muhammad Adib dipukul sehingga parah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman 27 Nov lalu.

Penghimpun bergerak perlahan-lahan ke dataran hadapan masjid tidak lama kemudian bagi mendengar ucapan penganjur.