Yang didakwa dan sabit bersalah boleh jalan dengan senyum - Wakil T'ganu

  • 5 years ago
Perwakilan AMANAH Terengganu Hasbie Muda menyelar pihak yang terbabit dalam isu rasuah atau salah guna kuasa kerana tidak mempunyai perasaan malu.

Hasbie membandingkan budaya negara luar yang jika disabitkan bersalah nescaya mereka akan mengambil tanggungjawab dengan menanggung kesalahan sehingga ke tahap mengorbankan diri sendiri.

"Kita boleh tengok di negara-negara luar yang indeks persepsi rasuah baik dari kita. Pemimpin yang rasuah ini dihumban dalam tong sampah. Negara pemimpin yang disabit bersalah malu untuk berhadapan dengan rakyat. Ada yang sampai ke tahap bunuh diri kerana melakukan rasuah.

"Tetapi di negara kita ada yang didakwa dan disabit bersalah boleh jalan dengan senyum simpul di hadapan wartawan seolah-olah tiada rasa malu lagi dalam budaya kita dalam isu rasuah ini,"
katanya ketika berucap di Konvensyen Nasional Amanah 2018 di Ipoh hari ini.