'Mana pergi ulamak dan asatizah kita'

  • 5 years ago
Parti Amanah Negara (AMANAH) mesti memberi kuasa dan menonjolkan ulama dan kumpulan 'asatizah' jika mahu mengimbangi kuasa Pas, kata perwakilan dari Pahang Sazli Mohd Noor.

Sazli berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan di Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2018 di Hotel Casuarina Meru hari ini.