'Kalau ada, ia sangat bodoh'

  • 5 years ago
Hanya orang bodoh yang berusaha mengganggu gugat kerajaan Perak selepas bertungkus-lumus menjatuhkan BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Ahmad Faizal Azumu.

Menteri Besar Perak itu berkata dalam keadaan sekarang beliau tidak berpendapat ada dalam kalangan exco negeri itu sengaja mahu menjatuhkan kerajaan sekarang.

Justeru, katanya, dakwaan yang mengaitkan ada gerakan tertentu dalam kalangan PH berpakat mahu menyingkirkannya daripada jawatan menteri besar adalah mengarut.

“Kerajaan (sudah) berjalan dengan stabil, banyak polisi dan usaha kita telah menampakkan hasil.

"Secara jujur dan ikhlas, saya tak fikir ada mana-mana pihak ingin melemahkan atau menjatuhkan kerajaan PH sekarang.

“Kalau ada, it’s very silly (ia sangat bodoh).

"Bodohlah kita, dah susah-susah tubuhkan kerajaan, sekarang nak jatuhkan kerajaan pula.

"Saya tak fikir ada wakil rakyat atau exco PH Perak yang menjadi tidak bijak untuk jatuhkan kerajaan negeri,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Malaysiakini.

Recommended