'Saya bukan jadi lalang'

  • 5 years ago
Bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan walaupun beliau dilihat agak vokal dalam menyuarakan mengenai skandal 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB) tetapi itu tidak bermakna menjadikannya sebagai seorang lalang.

Ahli Parlimen Rembau itu sekali lagi menegaskan kekalahan Umno pada pilihan raya yang lepas adalah kerana isu 1MDB dan menasihatkan Umno supaya tidak menegak benang yang basah mengenai isu 1MDB dan harus menerima realiti.

Bercakap ketika menjadi tetamu program ‘SPRM 360’ di Bernama Radio pagi tadi, Khairy menjelaskan walaupun beliau dilihat lantang mengkritik bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB ia tidak menjadikannya sebagai seorang yang lalang kerana beliau masih lagi ahli Umno.

Mengakui hormat Najib sebagai bekas pemimpin, tetapi tidak semestinya belaiu tidak boleh mengkritik Najib.