Pemikiran sempit jika ungkit 'sampah-sampah' yang lepas
  • 6 years ago
Institusi Parlimen akan menjadi tidak lebih daripada 'tong sampah' sekiranya platform itu digunakan untuk mengungkit kenyataan-kenyataan lama, kata Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan negeri Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan awam sehingga meminta bantuan kewangan daripada kerajaan Pusat.