Anwar angkat sumpah sebagai MP Port Dickson

  • 5 years ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen Port Dickson di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berbuat demikian pada pukul 10.04 pagi tadi di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Ia merupakan aturan urusan mesyuarat pertama bagi sidang hari ini sebelum sesi soal jawab lisan.

Anggota Parlimen yang hadir memberi tepukan apabila namanya dipanggil untuk mengangkat sumpah dan juga ketika acara itu selesai.