Nga puji Shahidan: 'Walaupun pakai kerusi roda...'

  • 6 years ago
Datuk Seri Shahidan Kassim yang merupakan Ahli Parlimen Arau tetap menghadiri sidang Dewan Rakyat walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda akibat daripada masalah kesihatan.

Kegigihan Shahidan itu mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.

Pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Kor Ming mendoakan agar kesihatan Shahidan kembali pulih daripada masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

“Yang Berhormat Arau, walaupun ada keuzuran namun tetap hadir mesyuarat dengan berkerusi roda.

“Saya doakan agar Arau sembuh dan sihat,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan kemudiannya menyambut ucapan Kor Ming itu dengan perkataan ‘amin’.