'Saya kira rakyat menyesal pangkah HARAPAN'

  • 6 years ago
Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan berpandangan rakyat tentu menyesal mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kerana kerajaan akan melaksanakan cukai kepenggunaan sebanyak 6 peratus dan 10 peratus dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ini kerana, kata Ahmad, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengakui sistem GST merupakan sistem percukaian terbaik ketika menjawab soalan tambah di Dewan Rakyat.