Ahli BN antara 8 orang angkat sumpah Senator
  • 6 years ago
Lapan individu termasuk Datuk Ismail Ibrahim dari BN mengangkat sumpah atas lantikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Senator di Dewan Negara hari ini.

Menurut sumber, nama Ismail diserahkan lebih awal namun majlis angkat sumpah itu ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pelantikan lapan individu itu hari ini meningkatkan jumlah senator Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam dewan negara, bagaimanapun anggota dewan negara majoritinya dari BN.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara,Datuk S A Vigneswaran.

Mereka adalah Liew Chin Tong (DAP), Raja Kamarul Bahrin Shah (AMANAH) dan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara selepas dipilih oleh kerajaan persekutuan dan akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tiga lagi yang bakal menjadi senator melalui kuota kerajaan persekutuan adalah Ismail, Mohd Radzi Md Jidin dan marzuki Yahya.

Baki dua lagi calon senator pula dicalonkan menerusi kuota kerajaan negeri.

Mereka adalah Datuk Hussain Awang yang dipilih DUN Terengganu dan Asmak Husin yang dipilih DUN Kelantan.

Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata baki kekosongan dalam kerajaan akan diisi oleh senator.

Menteri dan timbalan menteri baru akan mengangkat sumpah di Istana Negara petang ini.

Kemungkinan besar mereka di kalangan enam bakal senator itu.