Dr M kembali ke Parlimen, Prabakaran MP paling muda

  • 6 years ago
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba untuk menghadiri mesyuarat pertama persidangan Dewan Rakyat.

Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan memulakan mesyuarat pertamanya hari ini, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu.

Tun Dr Mahathir, 93, yang mewakili Parlimen Langkawi dan P. Prabakaran, 22, yang mewakili kawasan Batu juga mencipta sejarah tersendiri apabila masing-masing menjadi anggota Parlimen paling tua dan paling muda dalam sejarah negara.