Tiga suspek ditahan bantu siasatan video tular
  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 14 Mac - Polis menahan tiga remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana disyaki terlibat dalam kes membuat ugutan membabitkan rakaman video yang dimuat naik seorang wanita di laman sosial Facebook kelmarin.

Video berdurasi 6 minit 28 saat yang dirakam wanita itu mendakwa dirinya diancam kumpulan remaja tersebut yang mengekorinya sehingga ke balai polis di Persiaran Alam Damai dan pihak polis tidak membantunya ketika kejadian.