UiTM Rembau dilengkapi peralatan bidang penyiaran RM32.8 juta

  • 6 tahun lalu
REMBAU 8 Mac - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan Kampus Rembau di sini yang beroperasi sejak lebih setahun lalu dilengkapi kemudahan dan peralatan dalam bidang penyiaran bernilai RM32.8 juta.

Antara kemudahan tersebut termasuk studio televisyen, studio hibrid berita, bilik suntingan audio video, konti radio dan mini teater bagi kegunaan pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM).

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.