Masyarakat luar bandar masih tegar sokong BN - Ismail Sabri

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Masyarakat luar bandar masih kekal sebagai penyokong tegar kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sekali gus akan memberi kelebihan kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu berikutan penekanan yang tinggi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap aspek pembangunan luar bandar khususnya bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakatnya.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.