Api Dan Cinta Rosli Selasih tidak bercahaya tanpa Balqis dan Ayied

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Industri muzik Malaysia tetap dahagakan penciptaan melodi yang indah dan pasangan duet untuk terus menyemarakkan industri hiburan tanah air ke ambang tahun baharu 2018.

Hari ini, komposer yang mempunyai nama sekukuh mereka yang duduk dalam kategori komposer hebat tanah air, Rosli Selasih, tampil dengan sebuah komposisi yang dialunkan secara berduet.

Rosli Selasih mempunyai banyak percaturan kerana sebagai insan seni yang sudah lama berada dalam dunia penciptaan lagu dan lirik, beliau dilihat mampu untuk membimbing dua nama hijau, Iman Balqis dan Ayied Shaharin untuk menjadi pasangan duet yang mantap gandingannya.