Pasangan Diraja Selangor naik LRT, MRT dan Monorel

  • 6 tahun lalu
SHAH ALAM 16 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan mencemar duli mengadakan kunjungan dan menaiki perkhidmatan rel antara bandar Lembah Klang.

Perjalanan bermula dari Stesen sistem transit aliran ringan (LRT) Glenmarie di sini menuju ke Stesen KL Sentral dan pergerakan rombongan diraja ini kemudiannya diteruskan ke Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Fasa Dua Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) Muzium Negara untuk menaiki tren menuju ke Kajang.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pasangan-diraja-selangor-naik-lrt-mrt-dan-monorel-1.574083#ixzz51QVXFqfK
© Utusan Melayu (M) Bhd