Walking Football jadikan kanak kanak obes lebih aktif

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Sukan yang baharu diperkenalkan, Walking Football (Bola Sepak Berjalan) mampu membantu masalah obes dalam kalangan kanak-kanak secara holistik selain membantu mereka memperbaiki tahap kecerdasan, tumpuan dan hubungan dengan keluarga serta rakan.

Menurut Pakar Perubatan Keluarga Universiti Malaya (UM), Dr. Haireen Abdul Hadi, sukan yang pertama kali diperkenalkan di Britain pada 2011 itu dapat membantu menangani masalah kegemukan kerana ia merupakan sukan berisiko rendah yang sesuai untuk dsertai oleh kanak-kanak obes.

Tambah beliau, kanak-kanak obes sering mengelak daripada melakukan aktiviti sukan kerana mereka bersiko tinggi untuk cedera pada sendi disebabkan tekanan berat badan mereka ketika melakukan aktiviti lasak.

Risiko berkenaan kata Haireen, dapat dielakkan dalam Walking Football kerana sukan berkenaan mensyaratkan pemainnya untuk tidak berlari ketika merebut dan mengawal bola sewaktu perlawanan.

Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.